Selasa, 19 Februari 2013

SEJARAH KESULTANAN NEGERI KELANTAN

Sejarah awal negeri Kelantan belum diketahui dengan dengan pasti. Catatan daripada pedagang-pedagang Eropah dan China yang ditulis di masa lalu sedikit sebanyak boleh memberi gambaran tentang asal-usul dan sejarah negeri Kelantan. Berikut sedikit catatan seperti yang dimaksudkan:


  1. 1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, yang berasal dari Yunani, dalam bukunya ‘Geography Of Eastern of Asia’ yang ditulis dalam abad ke 2M, disebutkan 3 nama tempat iaiatu “Kole Polis”, “Primula” dan “Tharra” yang terletak di pantai timur semenanjung Tanah Melayu.
2. G.E.Germini, pengkaji yang berbangsa Itali menyatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Beliau berpendapat nama “Kelantan” ialah gabungan kata dari “Kalo” dan “Thana” atau “Tanah” sehingga menjadi “Kolathana” atau “KolamTanah” atau “Kolantan”.
3. Sejak Abad ke 6M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan pelbagai nama.Pada masa kerajaan Liang ( 502-577M), orang cina menyebut “Tan-Tan”. Pada masa kerajaan Tang ( 618-906M), orang cina menyebut “Tann-Tann”. Semasa kerajaan Sung (960-1279M), Kelantan disebut sebagai “Chai-lan-Chau” atau Chi-La-Tan”. Pada awal abad ke 17M, Kelantan disebut sebagai “Ko-la-tan atau “Ku-la-tan”.
4. Selain ‘Tan-Tan dan “Tann-Tann” ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang China iaitu”Chit-tu” yang bermaksud “Tanah Merah” dan dikaitkan dengan negeri Kelantan
.Berdasarkan geografi, sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa “Chit-tu”(Tanah Merah) atau ” Raktamirittka” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang pakar sejarah Eropah, Paul Wheatly, cenderung untuk mempercayai bahawa Chit-tu terletak di Kelantan. Hal ini bermula daripada sejarah Raktamirittka yang didirikan oleh Raja Gautama,Putera Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi jajahan takluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun 1411M , negeri Kelantan mula dipimpin oleh seorang yang bernama Raja Kumar.Namun pakar-pakar sejarah belum menentukan daripada mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebut Raja Kumar pernah menjalinkan hubungan dagang dengan negara China. Contohnya pada tahun 1412, Raja Kumar menerima pemberian kain-kain sutera, dan surat puji-pujian daripada negara China. Raja Kumar mangkat pada tahun 1418M, ianya digantikan dengan Sultan Iskandar Syah.Berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu, Sultan Iskandar merupakan cucu kepada Raja Culan. Raja Negeri Ganggyayu atau Klang Kio, yang terletak di hulu sungai Johor. Ada sumber lain, menurut buku Nik Muhammad Ismail, dalam bukunya “Ringkasan Cetera Kelantan” bahawa Raja Culan merupakan Raja Negeri Perak. Belum ditemukan maklumat atau data hubungan kekerabatan antara Raja Kumar dan Sultan Iskandar Syah. Juga belum dipastikan bagaimana pengaruh Islam memasuki negeri Kelantan kerana panggilan”sultan” bermaksud seseorang raja itu telah menganut agama Islam.
Berikut dinyatakan salasilah sultan-sultan yang pernah bertaktha di Kelantan.
1. Raja Kumar ( 1411-1418M)
2. Sultan Iskandar ( 1418-1465M)
3. Sultan Mansor Syah ( 1465-1526M)
4. Sultan Gombak ( 1526-1584M)
5. Sultan Ahmad ( 1584-1588M)
6. Sultan Husin ( 1588-1610M)
7. Cik Siti Wan Kembang ( 1610-1663M)
8. Raja Loyar ( 1663-1649M)
9. Raja Umar ( 1675-1719M)
10. Long Besar atau Long Bahar ( 1719-1733M)
11. Long Sulaiman ( 1733-1756M)
12. Long Pendek ( 1756-1758M)
13. Long Muhammad ( 1758-1762M)
14. Long Gaffar ( 1762-1775M)
15. Long Yunus ( 1775-1794M)
16. Sultan Muhammad ( 1794-1839M)
17. Sultan Muhamad II atau Sultan Muhamad Mulut Merah( 1839-1886m)
18. Sultan Muhammad III ( 1886-1900M)
19. Sultan Muhammad Ke IV- ( Long Senik b.Long Kundur) ( 1900-1920M)
20. Sultan Ismail (1920-1944M)
21. Sultan Ibrahim Petra ( 1944-1960M)
22. Sultan Yahya Petra ( 1960-1979M)
23. Sultan Ismail Perta ( 1979- hingga sekarang)
Kesultanan Negeri Kelantan telah terdiri hampir 6 abad lamanya. Dalam rentang sejarah yang panjang, negeri Kelantan pernah mengalami zaman perpecahan dan peperangan. Hal itu bermula semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Pada mulanya, wilayah Kelantan mulai berdiri sebagai wilayah yang kecil sahaja. iaitu Kerajaan Jembal. Kemudian Kelantan dikuasai oleh Keturunan daripada Pattani yang merantau ke Kelantan, iaiatu semasa pemerintahan Long Bahar. Pada masa pemerintahan Long Yunus, Kelantan kembali bersatu kembali.
PERMAINAN DAHULU YANG CUKUP TERSOHOR DI NEGERI KELANTAN YANG MENDAPAT ANUGERAH DARI ??????

KETUA KAMPUNG MASING-MASING:





 Gasing Uri salah satu gasing yang popular di negeri Terengganu dan Kelantan. Terdapat banyak jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
 Permainan gasing ini memerlukan dua orang pembantu, seorang memegang cokok dan seorang lagi melempar gasing. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. 
 Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. 

 Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras atau diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang satu hingga dua meter. Kini ada pemain yang membuat bong menggunakan kayu pada saiz yang sama dan diletakkan kain di atasnya. 
 Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok atau tukang congkok. Dengan pantas tukang congkok akan mencedok gasing dengan menggunakan pencedok daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopok (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir disapu untuk memastikan ia berputar dalam tempoh yang lama
 Dengan teknik balingan menggunakan tali yang dililit oleh pemain yang hebat, gasing uri mampu berpusing lebih sejam pada paksinya, berkedudukan tegak dan berhenti pada satu titik.
 Ia berbeza dengan gasing pangkah di mana pemain memutarkan gasing ke arah gasing lawan untuk menghentikan putaran itu.
 Gasing uri yang berbentuk rendah dan pipih itu dipertanding berasaskan tempoh masa ia mampu berputar selepas balingan dan diceduk serta diletakkan di atas tapak putaran (lopok). Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. 
 Tidak semua orang mampu mengendalikan permainan gasing kerana ia memerlukan kemahiran dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Seorang pemain terpaksa mengambil masa agak lama untuk menguasai teknik bermain termasuk menyimpai atau melilit tali pada gasing serta melemparkannya. Gasing yang dilemparkan itu akan disambut oleh tukang congkok yang akan menceduk dan diletakkan di atas paksi pemusing

Ahad, 17 Februari 2013




                                  KELANTAN DARUL NAIM


(KELANTAN DARUL NAIM) Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah.Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411,Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.Pada 1499,Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. 

Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu. Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. 

Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan.Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.

Rabu, 6 Februari 2013

CIK SITI WAN KEMBANG ATAU PUTRI SA'ADONG ADALAH SAMA DAN DIA SEORANG YANG CANTIK.BERBUDI BAHASA DAN JUJUR DALAM APA JUA BELIAU LAKUKAN...








Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam.

Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini. Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin. Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
-Info dari Kerajaan negeri Kelantan 2013-