Selasa, 19 Februari 2013

PERMAINAN DAHULU YANG CUKUP TERSOHOR DI NEGERI KELANTAN YANG MENDAPAT ANUGERAH DARI ??????

KETUA KAMPUNG MASING-MASING:





 Gasing Uri salah satu gasing yang popular di negeri Terengganu dan Kelantan. Terdapat banyak jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
 Permainan gasing ini memerlukan dua orang pembantu, seorang memegang cokok dan seorang lagi melempar gasing. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. 
 Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. 

 Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras atau diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang satu hingga dua meter. Kini ada pemain yang membuat bong menggunakan kayu pada saiz yang sama dan diletakkan kain di atasnya. 
 Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok atau tukang congkok. Dengan pantas tukang congkok akan mencedok gasing dengan menggunakan pencedok daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopok (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir disapu untuk memastikan ia berputar dalam tempoh yang lama
 Dengan teknik balingan menggunakan tali yang dililit oleh pemain yang hebat, gasing uri mampu berpusing lebih sejam pada paksinya, berkedudukan tegak dan berhenti pada satu titik.
 Ia berbeza dengan gasing pangkah di mana pemain memutarkan gasing ke arah gasing lawan untuk menghentikan putaran itu.
 Gasing uri yang berbentuk rendah dan pipih itu dipertanding berasaskan tempoh masa ia mampu berputar selepas balingan dan diceduk serta diletakkan di atas tapak putaran (lopok). Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. 
 Tidak semua orang mampu mengendalikan permainan gasing kerana ia memerlukan kemahiran dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Seorang pemain terpaksa mengambil masa agak lama untuk menguasai teknik bermain termasuk menyimpai atau melilit tali pada gasing serta melemparkannya. Gasing yang dilemparkan itu akan disambut oleh tukang congkok yang akan menceduk dan diletakkan di atas paksi pemusing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan